Latar Belakang

Agenda Eksklusif Sdn Bhd

PENGENALAN

Di tengah-tengah kepesatan pembangunan bandar Seri Manjung, Perak, Agenda Eksklusif Sdn Bhd (AESB) wujud sebagai sebuah syarikat Bumiputera yang berkembang maju dengan memberi fokus perniagaan dalam bidang kejuruteraan awam, kejuruteraan teknikal, pembekalan dan senggaraan.

INTRO

Syarikat ini diterajui oleh Dato’ Rosdi Bin Md Isah seorang usahawan muda korporat berdaya saing bersama kumpulannya terdiri daripada tenaga kerja mahir professional seperti jurutera, juruteknik, mekanik serta pekerja sokongan yang bertauliah.

ASPIRASI

Sejajar dengan matlamat kerajaan dalam wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar benar maju, AESB turut sama menggembleng usaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan yang terbaik serta mendidik dan membudayakan nilai etika kerja bertaraf global sesuai dengan kehendak pasaran.

PENDAFTARAN

AESB berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan memiliki status Bumiputera. Syarikat ini juga secara rasmi berdaftar sebagai vendor untuk kerja-kerja pembekalan dan baikpulih di Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Darat Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Laut, Jabatan Perikanan, Kementerian Kesihatan, Tenaga Nasional Berhad, Petronas Dagangan Berhad, Malaysian Marine And Heavy Engineering Sdn Bhd, Bousted Naval Shipyard Sdn Bhd, Kencana HL Sdn Bhd, Universiti Teknologi Mara dan Universiti Teknologi Petronas.

KEPAKARAN
KERJA

Kepakaran kerja dan produk syarikat antaranya adalah welding rotators, communication Equipment, Fire protection System, Marine Engine Part and Equipment, Boat and ship, Office Equipment, Stationery, Computer and Peripherals, Piping and Steel Plate, Sewage treatment Plant Installation, Main Engine Maintenance and Servicing, Air Conditioner Spare Part and Maintenance, construction, dan automotive.