Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Agenda Eksklusif Sdn Bhd

TANGGUNGJAWAB SOSIAL
KORPORAT (CSR)
( PASUKAN BOLA )

Agenda Eksklusif Sdn Bhd (AESB) juga aktif dalam menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan mempromosi gaya hidup sihat di kalangan remaja dan golongan dewasa melalui riadah khususnya aktiviti bola sepak.

Usaha murni syarikat akhirnya membuahkan hasil dengan penubuhan sebuah kelab bola sepak di bawah naungan Agenda Eksklusif Sdn Bhd. Kelab ini aktif mencungkil bakat baru dan mendidik golongan pelapis yang berminat dalam sukan tersebut. Kelab ini juga pernah memenangi pertandingan yang disertai.



TANGGUNGJAWAB SOSIAL
KORPORAT (CSR)
( SUMBANGAN )

Selain itu Agenda Eksklusif Sdn Bhd juga menyumbang kepada pertubuhan, organisasi dan persatuan terpilih seperti Pertubuhan At-Taqwa (terletak di Pengkalan Hulu, Perak), Pertubuhan Nur Kasih Bestari (terletak di Bota, Perak), Kawasan Rukun Tetanga (KRT), Persatuan Belia Manjung dan badan-badan NGO.